AYER KEROH: Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyangkal dakwaan kononnya beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka seperti didakwa pihak tertentu baru-baru ini.
Sulaiman menyifatkan, dakwaan seumpama itu berniat jahat untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri ketika barisan pemimpin pentadbiran negeri sedang gigih melaksanakan pelbagai program pembangunan dan memenuhi janji yang telah dilafazkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada November lalu.
“Saya menafikan dakwaan saya telah meletakkan jawatan dan saya juga menegaskan bahawa saya masih Ketua Menteri Melaka dan akan terus berkhidmat dengan sehabis baik dan sedaya upaya selagi mana dikehendaki oleh pucuk pimpinan.
“Ini adalah dakwaan yang berniat untuk mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri yang saya terajui selepas PRN Melaka November lalu dan isu sebegini tidak sepatutnya timbul terutamanya ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri sedang fokus memperkukuhkan usaha dan tenaga untuk merampas kembali kerusi Parlimen yang telah hilang semasa PRU14 lalu,”katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, beliau bersama barisan Exco mempunyai agenda yang lebih besar daripada melayan kerenah pihak tertentu untuk terus bermain politik, yang jelas tidak memberi kesan positif kepada masyarakat di negeri ini.
Jelas Sulaiman, keterbukaannya mendengar pandangan ahli-ahli politik negeri ini juga bukanlah suatu kelemahan, sebaliknya ia adalah kekuatan bagi menghasilkan keputusan yang terbaik.
“Setelah memenangi PRN lalu, saya bersama barisan Exco berusaha gigih melaksanakan program pembangunan negeri untuk memastikan rakyat Melaka dapat menikmati limpahan kemajuan, pembangunan dan kemakmuran yang setanding dengan negeri maju lain.
“(Malah) ketika ini juga saya berada di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina mengetuai misi pelaburan negeri dan menghadiri Sarajevo Business Forum 2022 bersama Exco kanan pelaburan negeri untuk melihat peluang-peluang pelaburan di sini serta untuk menarik pelaburan asing ke negeri Melaka,” tegas beliau lagi.
Baru-baru ini terdapat dakwaan kononnya Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 21 November tahun lalu selepas BN memenangi PRN Melaka.
Ini adalah kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada 9 Mac 2020, menggantikan Adly Zahari.
Shuhada Abdul Kadir
Thu May 12 2022
Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyangkal dakwaan kononnya beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka seperti didakwa pihak tertentu baru-baru ini. - Gambar fail
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Melaka umum tarif baharu air Rabu ini - Ab Rauf
Kerajaan Melaka akan mengumumkan tarif baharu air pada Rabu ini dengan mengutamakan kepentingan pengguna dan pemegang taruh terlibat.
Ab Rauf ketuai delegasi Melaka ke SCEWC 2023 di Barcelona
SCEWC merupakan ekspo terbesar dan paling berprestij di dunia dalam bidang inovasi perbandaran dan bandar raya pintar.
Melaka catat pelaburan RM5 bilion lebih awal, sasaran 2023 sebanyak RM6 bilion
Pelaburan di Melaka bagi 2023 terus menunjukkan perkembangan positif apabila merekodkan nilai berjumlah RM5 bilion lebih awal.
Exco Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam - Ab Rauf
Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam.
Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali
Rakyat Melaka dirayu beri sokongan sama kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu termasuk Ketua Menteri.
Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.
Ketua Menteri Melaka: Mungkin Jailani lupa dia 'tebuk atap' dulu - Akmal Saleh
Tiada isu kerajaan tebuk atap kerana kekosongan jawatan ketua menteri telah berlaku dan perubahan ini hanya merupakan transisi peralihan kuasa.
Sulaiman menangis tinggalkan pejabat rasmi Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangannya pada hari terakhir memasuki pejabat di Kompleks Seri Negeri, hari ini.
Zahid sahkan UMNO cadang nama Ab Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu
Ahmad Zahid turut memaklumkan Sulaiman memberitahunya faktor kesihatan merupakan faktor beliau meletakkan jawatan.